Wednesday, 15 October 2014

Merindui seseorang jauh di mata

Rabu 15.10.2014
Masuk hari ketiga anak sulung kesayanganku menduduki peperiksaan PT3 di sekolahnya.



Sakit dadaku setiap masa mengenangkan dia yang jauh. Sakit yang aku rasa sama macam sakit dada masa zaman bujang dulu waktu aku rindukan cik abang. Aku cukup rindukan anak bujangku....

Dan sekarang, hari-hari aku rasa tak tenteram. Airmata mengalir tak tentu masa. Asalkan teringat aje, tengah mengajar pun boleh berenti sekejap untuk lap airmata. Irfan kat SMAPK tengah berjuang berhempas-pulas menjawab peperiksaan PT3, aku kat sini pulak tak mampu hadir di sisinya membantu beri semangat dan dorongan melainkan hanya menghantarkan doa untuknya dari jauh.



Ya Allah, doaku panjang berjela. Pada siapa lagi nak kumohon melainkan pada Engkau.
Ampunkanlah segala dosa anakku Muhammad Irfan.
Berkatilah dia.
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadanya.
Sihatkanlah tubuh badannya.
Lapangkanlah dadanya.
Tenangkanlah fikirannya.
Kuatkanlah akal fikiran dan ingatannya.
Cekalkanlah semangat juangnya.
Semoga Irfan berjaya dalam peperiksaannya, walaupun ibu dan ayah jauh beribu batu.
Semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang.

Kaulah yang Maha Besar, Kau Maha Berkuasa atas sesuatu, Kau Maha Penyayang. Kau Maha Pengampun.
Tiadalah yang lain yang layak disembah melainkan Engkau.
Perkenankanlah permintaan hambaMu yang hina ini, ya Allah. Ameen.



Kepada Puan Aini Md. Jadi, penolong kanan SMAPK, terima kasih tak terhingga dari kami suami isteri kerana banyak mengambil perhatian pada anak kami dan membantu Irfan menaikkan semangat belajarnya semula. Kami amat terhutang budi pada cikgu. Semoga Allah berikan balasan kebaikan yang berlipat kali ganda untuk cikgu sekeluarga. InsyaAllah.

Semoga anak ibu berjaya...

Siri Bahasa Arab mudah: Tamwinat (kedai runcit)





Sama je macam kedai runcit kat Malaysia. Tamwinat adalah kedai kecil yang menjual pelbagai keperluan harian seperti makanan dan minuman, alat tulis, sabun mandi dan keperluan bilik air yang lain, dan macam-macam lagi la. Kedai ni banyak terdapat kat tepi-tepi jalan dan kebanyakkannya diuruskan oleh orang Pakistan, India atau Bangladesh. Aku tak tau la kedai tu diorang punya atau diorang cuma pekerja aje tapi mana-mana pergi pun memang bangsa-bangsa ni yang jalankan bisnes tamwinat ni. Dari segi harga, barang-barang yang dijual kat tamwinat memang mahal sikit kalau dibandingkan dengan barang yang sama yang dijual kat shopping kompleks besar macam Carrefour.

Kalau tak terdesak, ada peluang dan masa, baik la pergi beli belah kat supermarket yang setaraf dengan Econsave, Giant atau Mydin kat Malaysia, iaitu Othaim Market, atau Tamimi Market, atau Panda (haha...! macam takde nama lain nak wat nama supermarket...) atau better still, gi Carrefour aje. Lebih jimat. Kalau urgent nak guna dan dan tu jugak, boleh la jalan kaki pergi TAMWINAT....

Tapi aku tak suka pergi ke tamwinat sebab nanti mamat Paki tu dok pandang aku atas bawah macam tak pernah jumpa pompuan. Sabor aje la...

Monday, 6 October 2014

Musim sejuk di Tanah Arab

Aku perasan semenjak akhir-akhir ni waktu malam semakin terasa sejuk dan adakalanya tengah-tengah tidur aku kena bangun pergi tutup aircond akibat mengelatuk kesejukan. Kulit muka, tangan dan kaki terasa perit dan tegang. Masa ni la kalau menggaru dengan kuku memang sedap dan rasa macam tak boleh berhenti. Yang menjadi dugaan pada aku sekarang ialah kepayahan nak bangun pagi, mandi dan solat subuh.... adeh... sejuk sampai ke tulang, kau!


Arab Saudi memang ada 2 musim yang ekstreme. Yang pertamanya musim panas yang selalunya berlaku bermula penghujung bulan Mei ataupun Jun. Orang Arab tak keje waktu ni. Nak keluar dari rumah terlampau panas. Diorang lebih suka keluar terus dari Arab Saudi untuk bercuti di mana-mana negara lain dan hanya balik selepas beberapa lama. Yang keduanya musim sejuk, yang datang seawal penghujung bulan Oktober. Walaupun sejuknya sama aje dengan musim sejuk di Leicester atau Melbourne atau Istanbul, bezanya Arab Saudi takde salji, kecuali di beberapa tempat seperti (kena sahkan dulu lokasi).  Ni la yang aku akan lalui tak lama lagi. Mengikut kata kawan-kawanku kat sini, dalam musim sejuk siangnya nyaman tak berapa panas sangat dan malamnya sejuk sesangat. Akupun dah perasan lama-lama makin banyak pulak promosi baju-baju sejuk di kompleks beli-belah dan hypermarket.


Aku takde sebarang persediaan lagi nak menempuh musim sejuk ni....

So, how? Jom shopping baju sejuk...!

Monday, 29 September 2014

Tepung goreng ayam


Kalau kat Malaysia dulu, aku paling tak suka beli tepung goreng ayam dalam kotak macam ni. Pada aku rasanya dah la tak berapa sedap, banyak pulak campuran MSG dalam tepung tu. Ish! Tak baik untuk kesihatan... Dulu masa mula-mula try, anak-anak aku pandang sepi jer kat ayam goreng bila tau aku guna tepung dalam kotak ni. Jadi aku selalu kisar sendiri rempah-ratus untuk buat salut ayam gorengku. Walaupun prosesnya sedikit cerewet, tapi puas hati bila makan. Sesekali-sekala aku buat ayam goreng berempah (tapi takleh buat selalu, sebab cik abang & anak-anak kalau makan takleh berenti... lemak & kolestrol tinggi beb!!).

Tapi lain halnya kat Riyadh... tepung goreng ayam ni jadi sedap semacam je...hahaha...! Aku tak sempat nak kisar rempah kat sini, jadi aku guna aje tepung goreng dalam kotak. LARIS...!!! Adeh... apa moral of the story kat sini? Jangan pandang rendah pada sesuatu makanan hanya kerana kita ada pilihan untuk makan makanan yang lebih sedap, sebab bila kita dalam situasi tiada pilihan nanti, makanan yang kita tak berapa suka tu la yang kita hadap & makan bersungguh-sungguh.. Inilah yang aku belajar dan aku ajarkan jugak pada anak-anak.

Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaan rezeki yang melimpah-ruah ini. Ampunkanlah dosa hambaMu ini sekiranya aku takbur dan lupa diri. Kembalikanlah aku ke jalanMu yang lurus. Ameen!


Friday, 26 September 2014

Cuti panjang pun bermula...

Seluruh Arab Saudi akan mula bercuti panjang sempena Aidil Adha samada pada hari ini atau selewat-lewatnya pada hari Isnin nanti. Bezanya antara cuti raya haji di Malaysia dan Arab Saudi terletak pada aktiviti pergi menunaikan haji itu sendiri. Kalau kat Malaysia kita dapat cuti 2 hari aje, masa tu la nak balik kampung jumpa keluarga dan saudara mara seolah-olah lama  sangat dah tak berjumpa. Tapi lain pulak halnya kat sini. Mereka bercuti lebih sikit dari 2 minggu untuk pergi beribadat ke Mekah dan Madinah. Masa ni kalau aku tengok channel Saudi yang update keadaan di Masjidil haram aku akan hanya nampak titik-titik hitam (mewakili rambut di kepala jemaah) bergerak perlahan-lahan membuat pusingan sekeliling Kaabah. MasyaAllah!!! Cantik betul pemandangan tu. InsyaAllah, turn aku pulak pergi haji tahun depan.



*tingkatkan doa...!  Semoga Allah makbulkan. Ameen!

Tuesday, 16 September 2014

Rumah universiti

Dua hari sebelum berlepas ke Riyadh, pihak universiti telah memaklumkan seorang driver dari universiti akan datang menjemput kami seeluarga di airport dan menghantar kami ke kediaman universiti. MasyaAllah...! cantik betul rumah universiti ni. Luas, bersih dan berperabot moden, sangat memikat hatiku. Suami dan anak-anak pun suka. Alhamdulillah....

Inilah kisahku...





Aku tiba di Riyadh, Arab Saudi bersama suami dan tiga orang anak-anakku  pada 28hb September, 2014.

Blog ini dedikasiku khas buat anak kesayangan, Muhammad Irfan bin Mohamad Salini yang jauh kutinggalkan di Malaysia demi menggapai cita-cita masing-masing. Juga buat semua ahli keluarga, sahabat handai dan pengunjung blog yang lain.

Inilah kisah suka duka hidupku di Riyadh, bumi bertuah....